Thursday 17 November 2011

Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV)

Program mengarusperdanakan Aliran Kemahiran Vokasional dalam Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV) akan melibatkan dua (2) aspek penting iaitu pewujudan Kolej Vokasional (KV) dan program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) di 150 buah SMK terpilih menjelang 2013

Kurikulum KV mempunyai dua (2) kompenen iaitu 70 peratus kemahiran vokasional dan 30 peratus akademik bagi memenuhi falsafah pendidikan kebangsaan dengan merujuk kepada Piawaian Kemahiran Guna Tenaga Kebangsaan (NOSS) dan penganugerahan Diploma Kolej Vokasional yang selari dengan kepatuhan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 4 yang diiktiraf oleh JPK dan pihak industri

KV akan memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran teras, pendidikan insaniah, keusahawanan dan asas pendidikan berasaskan pengeluaran selama sebulan dan diikuti tiga (3) hingga enam (6) bulan untuk latihan praktikal di syarikat indusrti 

Sila layari :-
http://www.dsd.gov.my
http://www.moe.gov.my/bptv