Wednesday 17 April 2013




Sediakan lebih banyak tempat di Kolej Vokasional - TPM

KLANG 13 April - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mahu langkah segera diambil bagi menyediakan lebih banyak tempat untuk menampung permintaan kemasukan pelajar-pelajar ke Kolej Vokasional yang kian meningkat.
"Ini berikutan 117,000 permohonan memasuki kolej berkenaan diterima bagi sesi pengambilan tahun ini tetapi kapasiti yang mampu ditampung hanya lebih 21,000 orang sahaja," katanya semasa berucap merasmikan Karnival Kolej Vokasional 1Malaysia 2013 di sini.
Selain membina lebih banyak lagi kolej-kolej vokasional bagi menampung permintaan kemasukan pelajar, beliau berkata kerjasama dengan kolej swasta juga mungkin boleh dilaksanakan bagi tujuan itu.
Muhyiddin berkata permintaan yang sangat menggalakkan ini adalah hasil usaha Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional kementerian dan Kolej Vokasional (KV) yang banyak melakukan promosi melalui media arus perdana, program jelajah KV, taklimat penataran transformasi pendidikan vokasional, program konsolidasi serta Persidangan Kebangsaan Pendidikan Vokasional.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata pengajian di Kolej Vokasional kini adalah berbentuk sistem semester selama empat tahun pengajian yang membolehkan graduan KV dianugerahkan Diploma Vokasional Malaysia.



YY PANG........ tu dia rider yakuza



JPA da biasa main dengan ular.....kalau berani pegang laaa

 Penerangan disampaikan oleh staff SRS pada pelajar KLANG
 1Malaysia music.....

 thanks 2 Salam Music, dapat jugak cenderhati....cuma xdpt nak bergambar je.....lain kali la bro kita bergambar.......



Sheikh Puchong

 LELONG !!! LELONG!!!



 

Barang barang pemujaan untuk menarik perhatian ramai.....
 terbang tingi tinggi kapten


 para tetamu VVIP

Tuesday 16 April 2013

KARNIVAL KOLEJ VOKASIONAL


Sediakan lebih banyak tempat di Kolej Vokasional - TPM

KLANG 13 April - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mahu langkah segera diambil bagi menyediakan lebih banyak tempat untuk menampung permintaan kemasukan pelajar-pelajar ke Kolej Vokasional yang kian meningkat.
"Ini berikutan 117,000 permohonan memasuki kolej berkenaan diterima bagi sesi pengambilan tahun ini tetapi kapasiti yang mampu ditampung hanya lebih 21,000 orang sahaja," katanya semasa berucap merasmikan Karnival Kolej Vokasional 1Malaysia 2013 di sini.
Selain membina lebih banyak lagi kolej-kolej vokasional bagi menampung permintaan kemasukan pelajar, beliau berkata kerjasama dengan kolej swasta juga mungkin boleh dilaksanakan bagi tujuan itu.
Muhyiddin berkata permintaan yang sangat menggalakkan ini adalah hasil usaha Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional kementerian dan Kolej Vokasional (KV) yang banyak melakukan promosi melalui media arus perdana, program jelajah KV, taklimat penataran transformasi pendidikan vokasional, program konsolidasi serta Persidangan Kebangsaan Pendidikan Vokasional.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata pengajian di Kolej Vokasional kini adalah berbentuk sistem semester selama empat tahun pengajian yang membolehkan graduan KV dianugerahkan Diploma Vokasional Malaysia. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130413/dn_15/Sediakan-lebih-banyak-tempat-di-Kolej-Vokasional---TPM#ixzz2QbmBUMbn
© Utusan Melayu (M) Bhd 



KLANG - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mahu langkah segera diambil bagi menyediakan lebih banyak tempat untuk menampung permintaan kemasukan pelajar-pelajar ke Kolej Vokasional yang kian meningkat.
    
Ini berikutan 117,000 permohonan memasuki kolej berkenaan diterima bagi sesi pengambilan tahun ini tetapi kapasiti yang mampu ditampung hanya lebih 21,000 orang sahaja," katanya semasa berucap merasmikan Karnival Kolej Vokasional 1Malaysia 2013 di sini.
    
Selain membina lebih banyak lagi kolej-kolej vokasional bagi menampung permintaan kemasukan pelajar, beliau berkata kerjasama dengan kolej swasta juga mungkin boleh dilaksanakan bagi tujuan itu.
    
Muhyiddin berkata permintaan yang sangat menggalakkan ini adalah hasil usaha Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional kementerian dan Kolej Vokasional (KV) yang banyak melakukan promosi melalui media arus perdana, program jelajah KV, taklimat penataran transformasi pendidikan vokasional, program konsolidasi serta Persidangan Kebangsaan Pendidikan Vokasional.
    
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata pengajian di Kolej Vokasional kini adalah berbentuk sistem semester selama empat tahun pengajian yang membolehkan graduan KV dianugerahkan Diploma Vokasional Malaysia.

Dalam tempoh empat tahun itu, mereka akan mengikuti latihan sambil kerja, pendidikan berasaskan pengeluaran, sekolah perusahaan dan aspek kokurikulum yang mantap bagi melahirkan kumpulan tenaga mahir yang mempunyai kelebihan dalam kemahiran yang diperlukan sektor pekerjaan, katanya.
    
Pendidikan vokasional di Malaysia telah melalui perubahan yang besar semenjak Transformasi Pendidikan Vokasional bermula 6 Jan 2012 yang menyaksikan 15 sekolah menengah vokasional dinaik taraf kepada Kolej Vokasional pada tahun yang sama dengan pengambilan 3,120 pelajar lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
    
Pada tahun ini, Muhyiddin berkata 72 lagi KV beroperasi dengan pengambilan pelajar lepasan PMR seramai 21,250 manakala di peringkat menengah rendah (Tingkatan 1 hingga 3) bilangan sekolah yang menawarkan Pendidikan Asas Vokasional meningkat kepada 65 pada 2013 daripada 15 buah sekolah menengah harian sebelum ini.
    
Beliau berkata selain itu terdapat dua institusi swasta yang telah melaksanakan Program Kolej Vokasional dengan kursus berimpak tinggi iaitu Penyelenggaraan Kapal Terbang dan Mekatronik dan pada tahun ini dua buah lagi institusi telah dikenal pasti tetapi beliau tidak memberikan butirannya.
    
Kerajaan telah mengambil langkah proaktif sejak 2009 bagi memastikan pendidikan teknikal dan vokasional di negara ini setaraf dengan negara maju dan serantau, katanya.

"Kadar purata enrolmen pelajar aliran teknikal dan vokasional di peringkat menengah atas hanya 10 peratus di Malaysia berbanding 44 peratus bagi negara Pertubuhan kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD)," katanya.
    
Muhyiddin berkata kekuatan utama dalam sistem pendidikan di negara maju seperti Jerman, Finland dan Austria ialah teknikal dan vokasional di mana hampir 50 hingga 80 peratus pelajarnya mengikuti pendidikan vokasional di peringkat menengah atas melalui program sepenuh masa di antara empat hingga lima tahun.  
    
Bagi Indonesia dan Thailand, enrolmen pelajar yang mengambil aliran ini di peringkat menengah atas telah menjangkau 40 hingga 60 peratus dan ini bermakna Malaysia masih ketinggalan, katanya.
    
Pada masa yang sama, Muhyiddin berkata beliau gembira kerana banyak pihak telah menyokong usaha mengiktiraf Diploma Vokasional Malaysia seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), City & Guild dan LCCI sekiranya syarat-syarat dipenuhi.
    
"Sekiranya jurutera di negara ini boleh memperoleh pengiktirafan profesional daripada Lembaga Jurutera Malaysia maka graduan Kolej Vokasional yang dianugerahkan diploma ini boleh memperoleh pengiktirafan profesional melalui pengwujudan Malaysian Board of Technology (MBOT)," katanya.

Muhyiddin berkata MBOT akan bertanggungjawab memberi pengiktirafan kepada ahli teknologi dan juruteknik bertauliah dan ini merupakan satu perkembangan memberangsangkan dan beliau berharap usaha dipergiatkan agar lebih ramai anak muda berkecimpung dalam bidang vokasional bagi merancakkan lagi ekonomi negara, katanya.  
    
Bagi meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang aliran teknik dan vokasional, Muhyiddin menyarankan BPTV memberi tumpuan kepada bidang penjenamaan supaya bidang ini menjadi pilihan utama.
    
Kementerian amat menggalakkan sebarang bentuk jalinan kerjasama (MoU) antara institusi latihan dan industri kerana dengan adanya perkongsian teknologi dan kepakaran, ia secara tidak langsung dapat memantapkan lagi proses pembelajaran dan latihan para pelajar untuk menempuh alam pekerjaan yang sebenar.
    
Beliau berkata kerjasama dua hala sedang dijalankan antara Kementerian Pelajaran dan Jaringan Universiti Teknikal Malaysia terdiri daripada empat universiti teknikal, Universiti Malaysia Perlis, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Tun Hussein Onn dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka bagi memastikan artikulasi pelajar KV untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
    
"Maka bagi tahun 2013 sahaja sebanyak 100 MoU atau perjanjian kerjasama akan diusaha untuk ditandatangani yang merupakan salah satu KPI (petunjuk prestasi utama) BPTV (Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional)," katanya.

Selain daripada program sepenuh masa, KV juga menawarkan program jangka pendek melalui program perantis 'Timber Processing and Finishing' (TPF) serta kursus rintis ekuin yang dilaksanakan sejak 2010.    

Seramai 35 peserta kursus ekuin telah mendapat persijilan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dan telah diambil bekerja oleh industri ekuin dengan gaji minimum RM1,200 dan 16 graduan TPF pula telah diterima bekerja di industri-industri yang memerlukan mereka, katanya.  
    
Pada majlis itu, beliau juga menyampaikan hadiah Pertandingan Kemahiran Malaysia Peringkat Kebangsaan yang dijuarai oleh Muhamad Aqiel Irham Rozaimin dari KV Klang yang membawa pulang wang tunai RM500 dan piala pusingan.
    
Muhyiddin juga menerima sumbangan untuk Wira Lahad Datu dari Gabungan Persatuan Alumni Sekolah Teknik dan Vokasional Malaysia (Maltivo) berjumlah RM30,000 yang disampaikan Presidennya Rusly Nasution.
    
Karnival yang bermula sejak Khamis lepas dan berakhir esok dianjurkan bersama oleh Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pelajaran, Persatuan Alumni KV Klang dan KV Klang. - Bernama

http://www.sinarharian.com.my/nasional/mahu-lebih-banyak-tempat-di-kolej-vokasional-1.149655